Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ballingul anni walau aayah"

sampaikanlah sesuatu daripadaku, walau hanya sepotong ayat.

Sunday, May 6, 2012

forgive me



I’m about to lose the battle & cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me…
My heart is so full of regret
Forgive me…
Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

by:
*Maher Zain - Forgive Me*









*semoga Allah Redha :)

Saturday, March 17, 2012

jom riadhah :)



lepas tengok video ni, terus naik semangat nak bersukan ;pp

jom bersukan.
boleh sihatkan tubuh badan.
then, amal ibadat pun dapat ditingkatkan :)


bak kata pepatah arab, 'akal yang cerdas ada pada tubuh badan yang cergas'
[pepatah ni selalu guna dalam karangan BM & insya'] 
(^_^)


semoga Allah redha :) 

ta'awanu



Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah, Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat serta Allah menolongnya selagimana hambanya berusaha menolong saudaranya."
-Riwayat Muslim-



bukankah setiap mukmin itu bersaudara?

senyum sampai telinga.eh, silap.cartoon ni takde telinga la :)

"...Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan,.."
5:2


jom, kawan-kawan.bantulah saudara kita setakat yang kita mampu.


insyaAllah besar ganjarannya :)




semoga Allah redha :)

Thursday, March 15, 2012

syukur bukan kufur


 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan apabila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya."
[Riwayat Muslim]

 



 



"syukursampaimati/unlimitedsyukr."-husna najihah
:)


.senyum.
syukur alhamdulillah, 
my heart is still pumping, 
i'm still breathing,
i'm still walking,
still listening,
still watching,
even right now i'm still typing ;)
oh Allah, thank you.alhamdulillah

unlimitedsyukr~


semoga Allah Redha :)






Saturday, January 28, 2012

jom jadi OSEM




Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh para sahabat:
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik?"

Baginda S.A.W menjawab yang bermaksud:
"Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika kita mengingati Allah s.w.t dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya."


tamau cakap banyak, let's watch this vid;


saya nak usrah yang osem macam ni jugak boleh tak?  (^___^)


murabbi bersama mutarabbi :)

"Teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
43:67


sungguh, tak pernah terfikir langsung akan jadi naqibah.
alhamdulillah, 
tahun ni berpeluang untuk menjadi murabbi kepada mutarabbi saya.
doakan saya dapat menjadi murabbi yang OSEM seterusnya menjadikan ahli2 usrah saya juga OSEM lagi SUPERB dalam mencari redha Ilahi :)




#kredit for the vid:angelwearsgucci


semoga Allah redha :)



Wednesday, January 25, 2012

selamat pendek umur

"Selamat pendek umur."
"Kenapa pula?"
"Ya lah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. ertinya semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu."
"Maknanya, semakin hari semakin pendeklah umur kita?"
"Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian."


kiriman utusan warkah cinta di atas daripada sahabat yg saya letak kemas dalam hati.love letter yg sangat sangat istimewa.apa yg istimewa sangat?ntah.mungkin sebab pengirimnya bagi saya sangat istimewa.hee :)



bersyukur kerana mempunyai sahabat-rakan-kawan-teman seperjuangan yang sangat osem.sungguh, jangan risau.anda masih tetap osem walaupun tak berikan hadiah.[ohh bukan krn hadiah, saya memuji kalian] :))

terima kasih daun keladi ;p


sekalung penghargaan buat sahabat semua ya.

>>untuk pengetahuan, saya dah dapat Derik Kerisik.hooyeah! (kredit to: Hafizah)
>>paling terharu bila balik rumah hari tu, Encik Ayah dgn pnuh bergaya memberitahu anaknya bahawa ada kiriman poslaju buat anaknya.sekali lagi anaknya pun: hooyeah!  (kredit to: Siti Sarah)--->serious, terharu kot bila dapat kiriman drpd ko.(^_^)


oh yaa, memandangkan sahabat2 saya ni ramai yang dilahirkan pada bulan Januari, maka saya mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan 'selamat pendek umur' kepada:

Ummi Syahida--12 Januari
Siti Sarah--17 Januari
Nur Khairunnisa--24 Januari

"Jadikan kematangan mindamu sebagai wadah untuk mengharungi kehidupan yang lebih cemerlang." pesan Ustazah Jamiyah :)

last but not least, ucapan terima kasih yang tak terhingga tahap infiniti buat ibu yang melahirkan dan ayah yang membesarkan anakmu ini :)  
dan shukran jazilan untuk kek yang sangat sedap ni :))

sedap hingga menjilat jari ;p


#tujuan utama saya post semua di atas bukanlah atas dasar untuk bermegah-megahan.sungguh, tak pernah terlintas.perkongsian ini sekadar untuk mencoretkan penghargaan buat insan-insan yang berada di sekeliling saya.alhmadulillah, Allah kurniakan kepada saya kalian semua.saya sangat gembira dapat mengenali kalian semua.

hargailah orang di sekeliling anda :)




*semoga Allah redha :)


Saturday, December 31, 2011

saya tak pandai menulis

saya tak pandai menulis, jadi anda boleh 'click' di bawah untuk men'digest' apa yg cuba disampaikan.




vdeo di bawah 'special' saya tujukan buat sahabat-sahabat seperjuangan saya.

sangat tersentuh dengan liriknya.



"..mari kita bina,
satu ummah maju jaya..
mula diri, keluarga, 
sahabat, masyarakat dan negara.."

"..kita melangkah seiringan..
satu perjuangan.."



semoga Allah redha :)



wanted

teringin nak baca dan memiliki buku-buku ni:





most wanted :)

ada sesiapa volunteer nak belikan buku ni? ataupun nak hadiahkan terus lagi baik.sangat dialu-alukan.kalau ada yang berminat nak hadiahkan, ohh sila tinggalkan komen anda :)  *penuh mengharap*



semoga Allah redha :)


Wednesday, December 21, 2011

tadabbur alam

subhanallah

(^_^)

indahnya ciptaanMu




tadabbur alam :)


berharap suatu hari nanti aku bisa ke situ
melihat keindahan dan keangungan ciptaanMu
menggapai impian dan cita-citaku
insyaAllah akan ku kerahkan segala keringatku
untuk ke situ
segalanya boleh jika pasakkan mantera sakti; 
Man Jadda Wajada
kepingin menjadi seperti Alif Fikri
semangatnya,
kekentalan
dan keinginan yang tinggi
demi menggapai impian

Oh Tuhan kirimkan benua impian ke pelukanku


"...Jangan pernah remehkan impian,
walau setinggi apa pun..."

"...sungguh, Tuhan Maha Mendengar."




*tersihir dengan mantera sakti dalam Negeri 5 Menara.



semoga Allah redha :)



Tuesday, December 20, 2011

'berhala moden'

video

manusia kini memang sudah ditimpa satu penyakit.penyakit yang kian merebak ke serata tempat. penyakit wahan.

apa itu wahan?
cintakan dunia dan takut mati.

siapakah manusia itu?
tak lain dan tak bukan adalah kita sendiri.

memang realiti dunia hari, dicanangkan dengan suntikan penyakit wahan.serangan bertubi-tubi tiada henti.
malah jangkitannya sudah merebak sana sini.

antara yang paling cepat dan mudah sekali merebak kepada kita ialah
OBSES DENGAN HIBURAN MELAMPAU.

"Adakah anda sibuk memuja di sebalik kotak...."

"....taksub dengan 'berhala moden' ciptaan sendiri?"


waduh.dan aku, sangat terasa.menusuk ke jantung.tepat  T_T


tapi itulah realiti.hakikatnya.

saya fikir satu sahaja solusinya
barangkali kita terlupa pada ayatullah yang indah ini?

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaku."
51:56


kita lupa tujuan hidup kita.bumi dijadikan peluang untuk kita menggapai redha-Nya, namun kita sia-siakan.



"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu(dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya(berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
7:10

kita lupa matlamat kita.
kita lupa tujuan hidup kita.


tiba-tiba aku teringatkan lagu semangat semasa mengikuti satu kem baru-baru ni;

Allahu ghayatuna
Ar-rasulu qudwatuna
Al-Quranu dusturuna
Al-jihadu sabiluna
Al-mautu fi sabilillah, asma amanina


sangat terkesan.


semoga Allah redha :)

Sunday, December 18, 2011

remind me everyday





"Allah doesn't judge you on how bad you have been in the past, but rather on how you strive to be now."
Sheikh Yasir Qadhi





*lama tak menjenguk sini.bukan tak punya masa.cuma rasa macam tak layak nak menulis  di sini.perbaiki diri.kurang ilmu.tapi saya dah kembali.dengan semangat baru.

semoga Allah redha :)


LET'S MENGISLAHKAN DIRI :))

Thursday, November 24, 2011

Quotes :)



"A house without books is like a room without windows."




"Some books should be tasted, some devoured, but only a few should be chewed and digested thoroughly."



*terbawa2 feel baca Negeri 5 Menara :)
memang kena chewed and digested thoroughly, 
setiap perkataan memang sangat mendalam maknanya.
saat baca kisah Alif di PM, 
ntah knapa kat minda ni selalu membayangkan Irshad yg mnjdi sprti PM.
tringin nak Irshad jdi mcm PM :)



ok lah, selamat membaca (^__^)


Tuesday, November 8, 2011

50 sen vs RM 50

baru2 ni aku ada membelek-belek majalah Solusi isu 37 bagi mengisi kekosongan waktu yg memang selalu dihabiskan dengan aktiviti yg tersangatlah tidak bermanfaat (sila abaikan penggunaan tatabahasa semasa membaca ayat di sebelah).dan aku terbaca ini pada helaian terakhir majalah tersebut;






Pada suatu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya; duit kertas RM 50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM 50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahnya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja.

     Wang kertas RM 50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta beli belah di ibu kota baru-baru ini.

     "Assalamualaikum.Apa khabar, lama tak nampak?"
     "Wa'alaikumussalam.Alhamdulillah, sihat, tetapi penatlah sikit." jawab wang kertas RM 50 ringkas.
     "Kenapa pula penat?"
     " Aku ni serata dunia pergi.Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat.Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.
     "Hah, kau pula macam mana sekarang ni?Lama tak nampak?" Kini giliran wang RM 50 bertanya khabar wang syiling 50 sen.

     "Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit.Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tidak sempat merasai ke luar negara macam engkau tu."

     "Ooo, begitu."
     Mereka dia seketika.Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut mebeli.Alah membeli, menang memakai la tu.
     "Eh, engkau bila lagi nak masuk masjid?" tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.

     "Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli-belah tu."
     Serentak mereka tersenyum, senyum kambing.

Moral of the story: Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan  nilai khidmat tandas awam yang kita biasa guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulurlah pula duit kertas.


*semoga Allah redha :)